Thursday, 21 July 2016

Betul ke produk tempatan teruk?

Salam peeps πŸ˜„

selepas beberapa dekad tak menulis, adala sikit nak share sesusatu. sebab aku rasa benda ni penting sebab melibatkan kesihatan muka seseorang. yelaa, muka penting kowt, jangan nak poyo ea, engkorang kalau sebijik jerawat naik pun meroyan 😌 kata kesihatan muka tak  penting kunun.

beberapa hari lepas, aku ada terbaca something kat Fb. kalau korang ni jenis yg layan fb twitter ke maybe korang pun pernah baca pasal tu , pasal someone yg muka dia naik jerawat dan nanah lepas silap pakai product skincare. first time baca memang tergamam. kesian dia teruk jugak kulit muka dia. Ada satu lagi gambar yang tunjuk kulit muka dia yang okay, sebelum pakai produk tu mungkin.

Si fulan kata muka dia jadi teruk lepas pakai local product. Masa baca tu perasaan nak tahu aku makin membuak-buak. *ceyh ayat macam ayat novel*
mula-mula mmg la dia tak bagitahu product apa, pastu sebagai manusia yang berkobar-kobar nak tahu si dia pakai product apa, aku pun scroll comment. "ramainya orang comment 😱"

aku pun menelaahla setiap comment yang ada. Dan akhirnya aku dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda aku *eceyhh* rupanya si dia pakai Dnars . alaa, yang iklan ala-ala dilwale tu "yakin dengan diri dia, yakin dengan kulit dia" *aku hafal 😜* lagi satu "pakai Dnars laaa"

Setelah aku menelaah setiap comment muncul, bukan tu je yang aku tahu. Majoriti orang yang comment kat situ share masalah yang diorang hadapi lepas guna product tempatan ni. terkezut monyet aku baca. πŸ’ *monyet pulak yang kene* rupa-rupanya memang ramai yang dah terkena dengan product tempatan ni. setiap jenama ada je yang complain . kebanyakkan yang dijual kat kedai-kedai jamu tu. senang cerita kalau kita usha iklan dia pun memang kita akan tahu la yang orang kita jugak yang punya.

Ni konklusi la antara komen-komen yang aku baca tu. kalau nak aku type satu-satu uishh tahun depan pun tak habis. Okay, majoriti produk tempatan ni akan memberi kesan yang teramatlah efektif. lepas pakai seminggu memang akan nampak perubahan. cerah, glowing , hilang jerawat, ploless la senang cerita. senang cerita kalau korang pakai, terlopong la pakcik guard kat uni korang tu tengok korang *hiperbola* memang berkesan la. okay dengar mcm takde masalah kan, mcm "haaa, bagoslaa berkesan. Ini yang kami para wanita mahukan ! kulit putih gebu bebas jerawat !"

Masalahnya bermula di sini, bila orang berhenti guna produk tu, muka diorang akan naik bintik-bintik merah, pastu jerawat besar ada tu nanah sekali 😩 kesian weyh. ada tu yg produk tu putihkan muka dengan cara nipiskan lapisan kulit. so diorang takleh kena panas, nanti muka merah2 pedih. bukan sorang dua share masalah diorang ramai. majoriti masalah2 yang aku share ni. yang nayanya tempoh nak merawat balik kulit muka tu yang makan masa dan tentunya makan belanja yang agak banyak. kena jumpa pakar kulit, pastu ubat2 yang doktor bagi pun duit lagi. belum kira confidence nak tengok cermin. ada tu aku baca sampai tak tengok cermin 3 BULAN sebab malu dengan diri sendiri.

Jadi, yang aku nak tekankan kat sini, tak salah kita nak cari inisiatif nak cantikkan diri. yela manusia mana tak suka pada kecantikkan/kehenseman kan?   tapi caranya kena betul. melalui saluran yang betul. Jangan ambil jalan mudah dan murah. kalau betul menjadi tak apa, ni kalau kena mcm kawan2 kita yang aku ceritakan tadi macam mana? muka bukan tempat nak buat eksperimen. kau nak try tu nak try ni. aku cadangkan sapa nak try consume apa2 product, beli produk yang ada kat farmasi bukan kedai jamu. kebaikan kau beli product kat farmasi banyak, bahan2 yang produk tu gunakan mostly selamat sebab farmasi memang akan amik produk yang selamat je. dan kalau kau tak sure nak pakai yang mana satu *maklumla produk skincare lambak2 sekarang walaupun dalam farmasi korang boleh rujuk pharmacist bertugas kat situ.

pharmascist ni arif pasal ubat-ubat atau product kat farmasi tu. so dia boleh recommend kan apa yang sesuai untuk kulit korang. haa selamat and meyakinkan. jarangla kalau pergi kedai jamu kalau kita tanya bahan ke produk apa nak pakai ke diorang boleh jawab sebab diorang tak terlatih dalam bab tu. kalau pharmacist dia mmg study cabang tu, so agak meyakinkanla kan.

aku bukan nak suruh korang yang baca ni boikot produk tempatan, kang ada la yg luahkan rasa hati kata aku taknak sokong produk orang kitala, bukan. tapi aku sarankan berhati-hatilah ketika memilih * macam iklan* tak kisah la nak pakai produk mak nenek apa pun, selidik dulu content dia. tengok testimoni, tanya kat orang yang pernah guna. sekarang ni kan zaman it zaman teknologi 🎢🎼 jadi korang boleh search semua benda. sama juga dengan supplemen ke collogen ke semua benda yang korang rasa asing bagi korang, banyakkan bertanya. jangan main tibai je taw. lagi2 supplement kurus ke putih ke haa tu lagi merunsingkan especially yang jual dekat kedai2 biasa bukan farmasi lagi kena extra cek.

Rasanya tu je aku nak share dengan kome-kome sekalian. nasihat aku, membeli sesuatu produk itu adalah bertujuan untuk sihat bukan untuk cantik. faham? .Belajar erti bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Nikmat sihat tubuh badan, ibu bapa keluarga banyakla lagi kalau nak listkan. haa oksigen tu pebenda nikmat tuuu. Sudah-sudahla tengok orang yang dah sedia putih kurus lawa sebab tu rezeki Allah kurniakan untuk diorang. rezeki kita part lain. Tak perlu berlumba-lumba nak lawa sebab sesungguhnya Syurga itu yang layak dilumbakan. *perghh ayat aku sekarang* hehe tapi betulla, serius ni wa bagitaw lu.

Kalau ada ada orang ejek korang, chubby ke, jeje ke *jerawat* mak tam ke *hitam* okay tu aku selalu kena. kau buat relax je. bak kata mak aku, tak luak pun badan kau kalau diorang mengata. ada tangan korang patah kalau diorang ejek? ada kaki kau senget kalau diorang kutuk kau? takde kan. yelaa hati jela terguriss *auch* tapi kejap je tu. lama- lama kau da sampai tahap "suka hati kaula nak cakap apa, bukan aku susahkan kau pun" . haa, endahkanlah sesiapa yang suka beno ejek kau tu. Lama-lama dia penat, dia stopla. kau watlek watpeace je. cool di mana sahaja anda berada walau dlm dada tu rasa nak pelangkung je dia tu dengan meja. huhu.

Ingat satu benda ni, memang betul, layanan manusia pada insan yang punya kelebihan cantik itu berbeza dari yang lain, tapi yang ni kau lagi kena SEMAT dalam jiwa hati qalbu kau, yang Allah layan semua hambaNya sama. hanya Taqwa yang akan menaikkan darjat kau di sisi Allah. kalau rasa down dengan ejekan manusia. kau sujud la padaNya kerana tujuan hidup kita didunia bukanlah untuk impress manusia iaitu hamba macam kita juga, tapi untuk impress Allah.


selamat menjaga kesihatan dan semoga bertemu di JannahNya ya teman-teman πŸ’– 

Sunday, 5 June 2016

interview MEDIC USIM 2016

Assalamualaikum adik-adik serta teman-teman :)

1) yang tentunya tgah sibuk mencari info pasal nak iv
2) tengah search setiap pelusuk web sebab nak yang buat yang thorrbaik
3) dan tanpa sengaja terjumpa blog hakak yang tak seberapa ni , hehe. harap boleh membantu :) sebarkan info ni kat kawan2 kalau rasa berguna untuk iv yang bakal tiba :)



Okay, first of all, tahniah sebab dah di shortlisted kan untuk panggilan iv MBBS USIM . wohooooo, ops alhmdulillah la kan , hehe. sebab bukan senang taw untuk dipanggil iv ni. kalau macam tahun akak (2016), 90 orang students je terpilih untuk datang iv kat Kampus Pandan. Bayangkan, student Tamhidi Medic je 110+ , belum masuk students Tamhidi Sains lagi yang bersaing sama untuk masuk MBBS ni :) *btw akak Tamhidi Sains tenenenenet. jadi boleh imagine berapa ramai yang sangkut sbb tak lepas syarat2 untuk dipanggil iv.

okay, ni antara syarat2 yg adik2 kene set dalam minda kalau adik2 betul2 nak masuk Degree of Medicine and Surgery kat USIM.

1) korang mesti student Tamhidi (Medic/Dentist/Science Tech) yang lepas pointer 3.5

2) Sekurang2nya PNGK 3.00 (B, 65% keatas) dalam tiga matapelajaran ni, bio, chemist and (physics/math)

Jangan ambik mudah ye sebab ramai sangkut sebab pointer tak lepas. so please, belajar rajin2. Dekat sekolah maybe senang nk dpt markah macam tu, tapi Tamhidi lain sikit, sistem quiz and test tu banyak bantu. alaaaa panjang kalau nak citer sini, nanti kita sambung TIPS STUDY KAT TAMHIDI hehehehe

3)SPM dpt at least B dlm bio,kimia,fizik, math/add math, and mana2 satu subjek lagi

4)Dapat at least Band 3 dalam MUET *practice betul2, ramai juga sangkut ni

5)lulus tapisan temuduga

6) adalah syarat2 yg korang kene lepas ujian darah HIV, Hepatitis A B C dan beberapa penyakit yg lain

7)tak pernah terlibat dengan jenayah *yg ni inshaa allah tak pernah buat kan

*take note. yg ni semua syarat 2016, sebarang perubahan akan diberitahu time taklimat bersama Dekan Fakulti nanti, bila korang dah nak Final Sem 2, nanti ada taklimat tu.

Okay Akademik vs temuduga . mesti korang tertanya-tanya, mana yg pihak fakulti akan amik banyak? so the answer is dododododododngggg *bunyi gong

80% = pointer
20% = interview

Jadi, fal khulasoh, in conclusion, haaa pelbagai bahasa dah ni tolong faham apa yg akak cuba sampaikan. POINTER TU PENTING DAN BANYAK MEMBANTU, JANGAN MAIN2 , FOKUS DALAM KELAS TAW.

okay cukup membebel pasal pointer, akak akan terangkan pasal INTERVIEW yang korang nak sangat tahu tuuu, bak 20 sen baru akak cerita . hehehe

sorry la kat atas tu mcm lari topic pulak, huhu. takpela, tengah semangat nak menaip ni, korang layankan jela k?

okay back to our main business. interview MEDIC USIM 2016 n tahun2 sebelum tu juga, ada 2 sesi.

1) temuduga
2) ujian bertulis

okay mula2, akak nak terang pasal ujian bertulis la dulu, *tapi dia no 2 kan, ikut suka akak la ni blog akak :P


  • 30 soalan
  • secara umum berkaitan biologi, disease2, organ (mostly yg familiar dengan students, tak susah sangat pun, pengetahuan am)
  • contoh soalan yg agak susah *akak la rasa susah, berapa banyak cranial nerve. aduii, dahla soalan first taw, nganga dan terus flip muka surat last n decide nak jawab dari belakang . huhuhu


TIPS UJIAN BERTULIS
  • banyakkan membaca 
  • amik tahu tentang disease yg famous time tu
  • just, banyakkan membaca yes

next, kita akan proceed kepada INTERVIEW

okay processnya mcm ni. First korang akan tahu whether korang dpt iv ke tak, melalui e-tasjil. 

next, korang akan prepare mcm yg korang tgah buat sekarang ni.

okay, lepas tu kat surat, akan ada surat AKAD 09, which is borang ujian darah yg akak da sebut kat atas, HIV, Hepatitis A,B and C. dpt je result minta tolong ke klinik berdekatan dan survey harga, sebab ujian darah untuk keempat2 test ni agak mahal. so please compare harga dulu. biasanya result akan keluar seminggu sebelum tarikh iv. ujian darah ni LAMA, bukannya cucuk terus boleh tahu result. korang kena tunggu 3 hari bekerja untuk dpt result. so, akak sarankan dpt result terus pi buat ujian darah tu taw. harga pulak depends kat klinik masing2. ada kawan akak yg rm198, rm 145, ada yg rm160 so buat perbandingan before pergi buat test tu ye. ouh, lagi satu, ujian darah ni kena buat kat klinik swasta sbb mostly klinik kerajaan amik masa 2 minggu nak dptkan result.sebab tu akak suruh buat perbandingan. huhu, tapi try la tanya dulu KK nearby korang. mana tahu boleh dpt result awal, jimat duit. huuu

okay, on the interview day.

kami diarahkan berkumpul kat Dewan Ibnu-Sina, tingkat 9, pukul 8. so please prepare awal, dtg awal.

*nak langkah selamat, tempah hotel nearby. ramai je kawan2 akak buat mcm ni. duduk ramai kat hotel tu. senang sbb boleh jalan kaki je esok tu. kedai makan pun ada, so senang, before pi iv lepak mamak dulu kat bawah :'D

okay, macam incident tahun 2016. ramai students berkumpul kat lobi dan tak naik terus ke tingkat 9. ingat ye, untuk naik ke tingkat 9, korang kena naik lift. takkan la 90 org sekaligus nak naik 1 trip kan. tolong naik beransur2. kesannya bila ramai kat lobi, okul 9 hanya ada 10 org dlm dewan tu. dan yg dalam dewan tu yg kena marah n diarahkan panggil kawan2 lain. Jadi, alert kat surat panggilan iv, kat mana tempat sepatutnya korang kena berkumpul. jangan expect ada dayang2 akan jemput korang kat lobi tu ye. Fisrt impression tu penting, jadi tolong pesan kat kawan2, tepati masa. waktu kami, 8:20 baru penuh dewan tu. Puan Mazlin yang handle kami time tu, tegur n marah jugak la sikit sbb lambat. 20 minit tu lama ye adik2. so amik pengajaran n masuk dewan awal, sepatutnya kena masuk 15 minit awal taw. nak jadi doctor, kenala punctual kan? 

lepas tu, Puan Maazlin akan cek kehadiran dengan memanggil nama sorang2. yess, sorang2 beliau panggil. 90 org nama dipanggil dan ada no untuk masing2. means kalau nama ali, bernombor 21 *no akak uhukss* so korang kena ingat no ni sampai ke akhir hari interview sbb dia mcm no kad matriks la untuk korang time iv tu. 


then, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ada yg ke tingkat 11, 15 ,14 haa, means separate la time ni. random ye diseparatekan ituh. kat tingkat2 tu, korang akan diletakkan dlm 1 bilik sebelum dipanggil masuk ke bilik iv. kalau akak, antara nama2 first yg dipanggil masuk ke bilik panel . hmm ;'') okayla kut sbb tak de berdebar sgt kan :D 

time ni mmg akan campur je budak medic ke science je sama je. so fighting hohoho

okay, kami dipanggil masuk ke bilik panel bertiga2. macam kawad pulak hehehehe.

akak sorang dak sains, 2 org lagi medic. so try to be cool. dia panggil mcm ni "nombor 19,20,21 boleh masuk ke bilik blablaba" so berjalan anda bertiga2 ke dalam ikut nombor.

kat dalam tu masuk je bagi salam, letak fail sijil kat atas meja panel, then minta izin nak duduk.

maka bermulalah sesi temuduga.

kalau bilik kami, panel akan habiskan sorang2 sampai habis baru la proceed ke org seterunya, ada je panel yg mcm biasa, 1 soalan proceed semua org , baru la ke soalan ke 2. 

antara soalan2 yg ditanya adalah, tenenenenet

  1.  tell me about yourself                                                                                                             *kalau panel kami, diorang mmg nak berkenalan betul2 dengan kitorang, mmg nk dengar pasal diri korang. taknak pown yg i want to be a dr because..... sbb dia akan interrupt "no, no just tell me about yourself first"  so saranan akak, share everything about yourself, ringan2 je, no need heavy answer. contohnya, nama, tinggal, mak ayah keje apa, adik beradik, sekolah dulu mcm tu je.
  2. do u have any doctors in your family?                                                                                             *jujur je sbb mereka nk tahu je , jangan takut
  3. why do u want to be a doctor                                                                                                           *yg ni korang kena tunjukkan yg korang mmg bersungguh2 nak jadi dr. other than help people, cari sbb lain yg mmbuatkan korang minat medic, minat career kedoktoran. kalau boleh selitkan peristiwa2 yg boleh sokong kenapa korang nak jadi doktor. cari 1 sebab konkrit why. jangan chlidish sgt, be matured. 
  4. what is the criteria to be a dr rather than a huge passion?                                                                *yg ni buat homework sikit, apa ciri2 dr muslim yg bagus. apa ciri2 dr yg boleh survived HO dengan jayanya. jangan dok ulang passion sbb dr tu kata "passion will vanished in a week of time when you entering HO life'' :P
  5. what is your goals in medical filed?                                                                                                  *yg ni dr nak tahu pasal rancangan korang lepas jadi dr.bgtaw korang nk jadi specialist apa, kenapa. bgtau sikit2 pasal penyakit berkaitan specialist yg korang nak nak sambung tu. kalau akak, akak nak sambung Family Medicine sbb akak suka sgt2 volunteering acivities. ckp la pasal status specialist tu kat malaysia, ramai ke tak. n so on
  6. can u share with us the moment that show that u never give up ?                                                    *jujur betul2, apa yg peristiwa yg membuatkan korang bangkit dari kegagalan. menunjukkan korang ni betul2 boleh survived dlm medical field ni sbb yelah, tak mudah ye syg2 akak semua. N masukkan sekali mcm mana korang overcome working under pressure :D
  7. What are the difference between Tamhidi's life and Degree in medic's life?                                  *adik2 pandai kannn, fikir la sendiri :P takla, cakapla MBBS ni hectic, tak byk waktu lapang. Tak akan di'spoon-feed' oleh lecturer. n cari la sbb diorang nak tgok berapa banyak yg korang tahu pasal degree ni.prepare subject apa yg korang akan belajar time first year, tahu pasal serba sedikit pasal subjek2 tu. go buat homework ! buka laman web FPSK USIM PANDAN INDAH. inshaa allah banyak korang boleh tahu kat situ.
  8. prepare to answer everything regarding your resume                                                                      *panel boleh tanya apa2 pown pasal resume korang. contohnya, prnah buat community service kat Cambodia, so can u please share with us about ur experience there. jangan time ni baru nak haaa haaa aaaaaa, garu2 kepala bagai. prepare untuk cerita apa2 yg korang letak dlm resume, kalau tak ingat sgt, jangan letak. bahaya kalau korang tergagap2 nk jawab, panel akan fikir yg korang ni tak bersedia.
  9. LAST, tell me about any medical current issue that u know.                                                             *time ni, ngtaw pasal apa2 je yg famous time tu. kalau akak , akak terangkan pasal anti-vaccine group. terang la apa diorang ni, kenapa jadi mcm tu. n apa kesan diorang wujud kat muka bumi ni. hehehe. kalau pasal penyakit, cakap pasal simtom, dari mana, ada cure tak? cuba baca detail pasal benda2 ni taw. so boleh jawab kalau dr interrupt tgah2 terang :') mcm akak, tergagap klau dr intterupt sbb tak sure sgt. so talk about something that u sure really2 know. prepare 3 case sbb kalau korang orang last , n 2 jawapan kawan korang da jawab, at least ada back up plan :) 


lain panel, lain soalan. ada yg dpt soalan menjangkau akal fikiran, ada yg dpt soalan mudah. doa banyak2 bila nk iv. malam sebelum tu, kalau boleh solat tahajud 12 rakaat. minta agar dipermudahkan segala urusan. jangan lupa doakan kawan2 sekali ye:) Have Faith in Allah guys :D lastly, wishing u all the best for this upcoming interview boommboom *effact bunga api hehehehehe

Tawakal tu ala Allah :) la hau la wala quwwata illa billahil alyiil azim :))