Thursday, 21 July 2016

Betul ke produk tempatan teruk?

Salam peeps πŸ˜„

selepas beberapa dekad tak menulis, adala sikit nak share sesusatu. sebab aku rasa benda ni penting sebab melibatkan kesihatan muka seseorang. yelaa, muka penting kowt, jangan nak poyo ea, engkorang kalau sebijik jerawat naik pun meroyan 😌 kata kesihatan muka tak  penting kunun.

beberapa hari lepas, aku ada terbaca something kat Fb. kalau korang ni jenis yg layan fb twitter ke maybe korang pun pernah baca pasal tu , pasal someone yg muka dia naik jerawat dan nanah lepas silap pakai product skincare. first time baca memang tergamam. kesian dia teruk jugak kulit muka dia. Ada satu lagi gambar yang tunjuk kulit muka dia yang okay, sebelum pakai produk tu mungkin.

Si fulan kata muka dia jadi teruk lepas pakai local product. Masa baca tu perasaan nak tahu aku makin membuak-buak. *ceyh ayat macam ayat novel*
mula-mula mmg la dia tak bagitahu product apa, pastu sebagai manusia yang berkobar-kobar nak tahu si dia pakai product apa, aku pun scroll comment. "ramainya orang comment 😱"

aku pun menelaahla setiap comment yang ada. Dan akhirnya aku dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda aku *eceyhh* rupanya si dia pakai Dnars . alaa, yang iklan ala-ala dilwale tu "yakin dengan diri dia, yakin dengan kulit dia" *aku hafal 😜* lagi satu "pakai Dnars laaa"

Setelah aku menelaah setiap comment muncul, bukan tu je yang aku tahu. Majoriti orang yang comment kat situ share masalah yang diorang hadapi lepas guna product tempatan ni. terkezut monyet aku baca. πŸ’ *monyet pulak yang kene* rupa-rupanya memang ramai yang dah terkena dengan product tempatan ni. setiap jenama ada je yang complain . kebanyakkan yang dijual kat kedai-kedai jamu tu. senang cerita kalau kita usha iklan dia pun memang kita akan tahu la yang orang kita jugak yang punya.

Ni konklusi la antara komen-komen yang aku baca tu. kalau nak aku type satu-satu uishh tahun depan pun tak habis. Okay, majoriti produk tempatan ni akan memberi kesan yang teramatlah efektif. lepas pakai seminggu memang akan nampak perubahan. cerah, glowing , hilang jerawat, ploless la senang cerita. senang cerita kalau korang pakai, terlopong la pakcik guard kat uni korang tu tengok korang *hiperbola* memang berkesan la. okay dengar mcm takde masalah kan, mcm "haaa, bagoslaa berkesan. Ini yang kami para wanita mahukan ! kulit putih gebu bebas jerawat !"

Masalahnya bermula di sini, bila orang berhenti guna produk tu, muka diorang akan naik bintik-bintik merah, pastu jerawat besar ada tu nanah sekali 😩 kesian weyh. ada tu yg produk tu putihkan muka dengan cara nipiskan lapisan kulit. so diorang takleh kena panas, nanti muka merah2 pedih. bukan sorang dua share masalah diorang ramai. majoriti masalah2 yang aku share ni. yang nayanya tempoh nak merawat balik kulit muka tu yang makan masa dan tentunya makan belanja yang agak banyak. kena jumpa pakar kulit, pastu ubat2 yang doktor bagi pun duit lagi. belum kira confidence nak tengok cermin. ada tu aku baca sampai tak tengok cermin 3 BULAN sebab malu dengan diri sendiri.

Jadi, yang aku nak tekankan kat sini, tak salah kita nak cari inisiatif nak cantikkan diri. yela manusia mana tak suka pada kecantikkan/kehenseman kan?   tapi caranya kena betul. melalui saluran yang betul. Jangan ambil jalan mudah dan murah. kalau betul menjadi tak apa, ni kalau kena mcm kawan2 kita yang aku ceritakan tadi macam mana? muka bukan tempat nak buat eksperimen. kau nak try tu nak try ni. aku cadangkan sapa nak try consume apa2 product, beli produk yang ada kat farmasi bukan kedai jamu. kebaikan kau beli product kat farmasi banyak, bahan2 yang produk tu gunakan mostly selamat sebab farmasi memang akan amik produk yang selamat je. dan kalau kau tak sure nak pakai yang mana satu *maklumla produk skincare lambak2 sekarang walaupun dalam farmasi korang boleh rujuk pharmacist bertugas kat situ.

pharmascist ni arif pasal ubat-ubat atau product kat farmasi tu. so dia boleh recommend kan apa yang sesuai untuk kulit korang. haa selamat and meyakinkan. jarangla kalau pergi kedai jamu kalau kita tanya bahan ke produk apa nak pakai ke diorang boleh jawab sebab diorang tak terlatih dalam bab tu. kalau pharmacist dia mmg study cabang tu, so agak meyakinkanla kan.

aku bukan nak suruh korang yang baca ni boikot produk tempatan, kang ada la yg luahkan rasa hati kata aku taknak sokong produk orang kitala, bukan. tapi aku sarankan berhati-hatilah ketika memilih * macam iklan* tak kisah la nak pakai produk mak nenek apa pun, selidik dulu content dia. tengok testimoni, tanya kat orang yang pernah guna. sekarang ni kan zaman it zaman teknologi 🎢🎼 jadi korang boleh search semua benda. sama juga dengan supplemen ke collogen ke semua benda yang korang rasa asing bagi korang, banyakkan bertanya. jangan main tibai je taw. lagi2 supplement kurus ke putih ke haa tu lagi merunsingkan especially yang jual dekat kedai2 biasa bukan farmasi lagi kena extra cek.

Rasanya tu je aku nak share dengan kome-kome sekalian. nasihat aku, membeli sesuatu produk itu adalah bertujuan untuk sihat bukan untuk cantik. faham? .Belajar erti bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Nikmat sihat tubuh badan, ibu bapa keluarga banyakla lagi kalau nak listkan. haa oksigen tu pebenda nikmat tuuu. Sudah-sudahla tengok orang yang dah sedia putih kurus lawa sebab tu rezeki Allah kurniakan untuk diorang. rezeki kita part lain. Tak perlu berlumba-lumba nak lawa sebab sesungguhnya Syurga itu yang layak dilumbakan. *perghh ayat aku sekarang* hehe tapi betulla, serius ni wa bagitaw lu.

Kalau ada ada orang ejek korang, chubby ke, jeje ke *jerawat* mak tam ke *hitam* okay tu aku selalu kena. kau buat relax je. bak kata mak aku, tak luak pun badan kau kalau diorang mengata. ada tangan korang patah kalau diorang ejek? ada kaki kau senget kalau diorang kutuk kau? takde kan. yelaa hati jela terguriss *auch* tapi kejap je tu. lama- lama kau da sampai tahap "suka hati kaula nak cakap apa, bukan aku susahkan kau pun" . haa, endahkanlah sesiapa yang suka beno ejek kau tu. Lama-lama dia penat, dia stopla. kau watlek watpeace je. cool di mana sahaja anda berada walau dlm dada tu rasa nak pelangkung je dia tu dengan meja. huhu.

Ingat satu benda ni, memang betul, layanan manusia pada insan yang punya kelebihan cantik itu berbeza dari yang lain, tapi yang ni kau lagi kena SEMAT dalam jiwa hati qalbu kau, yang Allah layan semua hambaNya sama. hanya Taqwa yang akan menaikkan darjat kau di sisi Allah. kalau rasa down dengan ejekan manusia. kau sujud la padaNya kerana tujuan hidup kita didunia bukanlah untuk impress manusia iaitu hamba macam kita juga, tapi untuk impress Allah.


selamat menjaga kesihatan dan semoga bertemu di JannahNya ya teman-teman πŸ’–